Ekspedisi Mendaki Gunung Ledang Johor

Pada 31 Jun, 1 & 2 Julai 2009 (selasa-khamis) Kelab KRP telah menganjurkan aktiviti mendaki Gunung Ledang dalam cuti semester sesi Januari 2009. Seramai 21 orang pelajar sahaja yang berminat untuk menyertai ekspedisi kali ini... walaupun banyak kali ditunda tarikh Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini... almaklumla macam-macam cerita ada di Gunung Ledang... sebelum nie kes kematian seorang warga Singapore yang mati dihimpap pokok dan 3 hari berikutnya pun ada lagi kematian warga Singapore mati juga kene himpap pokok di checkpoint yang sama, lepas tue kes kene sengat dengan tebuan, histeria dan macam-macam lagilah.... bukan nak menakutkan... berwaspadalah dengan tingkahlaku anda dan kumpulan anda ketika berada di mana-mana tempat sekalipun...

Bertolak dari Poli pukul 11 pg dan tiba di pintu masuk B Taman Negara Ledang pada pukul 5 petang. Laluan pintu masuk B adalah laluan tanah merah lebih kurang setengah jam untuk tiba di Pintu masuk Taman Negara Ledang... nasib baik Abg Driver Bas tak bising...Setibanya di Taman Negara Ledang ini, kami diberi taklimat oleh En. Azam tentang serba sedikit jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat di Taman Negara Ledang ini... begitu juga penerangan tentang checkpoint yang harus kami lalui untuk sampai ke puncak Gunung Ledang dan juga tatatertib semasa berada di sepanjang laluan... takut-takut kerana mulut badan binasa....Pada hari kedua bermulalah ekspedisi pendakian pada jam 8.30 pg... walaupun bermula agak lewat sikit dari masa yang ditetapkan oleh pihak guide Taman Negara iaitu 7.30pg... tetapi Alhamdulillah pelajar-pelajar PSAS dapat naik dan turun dengan selamatnya tanpa ada sebarang gangguan bukan ape Gunung Ledang ini banyak kisah Lagendanya... sebelum memulakan pendakian para pendaki kene melaporkan dahulu kesemua barang-barang yang dibawa naik ke puncak gunung termasuklah barang makan minum, dan pakaian pun termasuk yang dalam sekali... bukan ape ini bagi menjaga alam sekitar... bilangan barang semasa naik dan turun mesti sama... kalau tak kenela bayar denda... berganda-ganda harganya...Para pendaki dapat menamatkan ekspedisi ini dalam masa yang agak cepat berbanding group lain yang mula awal dari kami....ini menurut kate Guide Taman Negara tuela bukan nak kate riak dan sombong ye....Naik gunung lebih kurang 5 jam lebih dan turun dalam masa 4 jam... Tiba di puncak pun hampir pukul 2 ptg dan turun semula ke campsite pada pukul 3 ptg... Alhamdulillah semua para pendaki tiba dengan selamatnya di campsite pada pukul 7.00 petang... sakit kaki badan tak leh nak terkata lah... masing-masing dah jadi macam baby yang baru mula berjalan tatih... awal-awal checkpoint je pun dah jumpa 600 lebih anak tangga... macam mana tak sakit kaki... beza laluan tangga dengan jalan tanah baik lagi jalan tanah... laluan menggunakan anak tangga lagi menyeksakan kaki...

Jadi kepada ex-club yang tak dapat menyertai ekspedisi kali ini dengarnya dalam 10 orang diucapkan bebanyak ribuan kemaafan.... dah tiada masa yang sesuai... InsyaAllah di lain masa kita gathering di situ...
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    belajar banyak


  2. KRP PSAS Says:

    sorryla yer... kelab nie tak banyak lagi pengalamannye... sekadar boleh berkongsi maklumat sedikit sahaja.. terima kasih kerana sudi menjengok blog ini...