Taman Negara Pahang Malaysia

Pada 14-16 Mac 2009, KRP PSAS telah menganjurkan aktiviti eksplorasi Taman Negara Pahang. seramai 38 orang pelajar PSAS telah menyertai eksplorasi ini. bayaran yang dikenakan termasuklah makan minum utk pagi, tengahari & petang + barbeque... dan aktiviti-aktiviti yang disertai adalah night walk, mendaki Bukit Teresak, Canopy walk, menjelajah Gua Telinga, rapid boat, dan melawat perkampungan orang asli. aktiviti yang dijadualkan memang cukup padat dan memang best laa... tak rugila kepada sesiapa yang pegi... kat sini tahap kesukarannya bole bagi 1 bintang je la... orang kate kalau nak enjoy2... kenal2 jenis pokok dan haiwan... datangla kat sini... guide en. Azman berikan penjelasan yang lebih mendalam berkenaan dengan alam flora dan fauna yang terdapat di Taman Negara ni... Pemandangan dari Jeti Kuala Tahan... seberang sungai sana adalah pintu masuk ke Taman Negara... Pemandangan dari pintu masuk Taman Negara... dan di sebelah sana Jeti Kuala Tahan....Setibanya di sana kami terus mendirikan khemah dan bersedia utk aktiviti yang pertama Night Walk... jalan-jalan di malam hari untuk melihat keindahan alam dan haiwan-haiwan yang keluar di waktu malam... Tetapi nasib tak menyebelahi kami...tak jumpa haiwan pun.... tapiiii.... jumpa lain plak Misz Ponnnt di atas pokok.... hihihiiiiii............... pengalaman ngeri tue... Pada hari kedua, kami diiringi 3 orang guide yang diketuai En. Azman dan rakan-rakan untuk menuju ke Bukit Terisek untuk melihat pemandangan Gunung Tahan, menaiki jambatan gantung Canopy walk, dan memasuki Gua Telinga.... sepanjang perjalanan menuju ke Bukit Terisek kami diberi penerangan berkenaan tumbuhan2 dan haiwan yang terdapat di Taman Negara ini disamping itu kami diberikan ilmu bagaimana nak menyelamatkan diri ketika sesat di dalam hutan dengan menggunakan batu dan akar pokok (banir)... cara panggilan S.O.S...Nak dijadikan cerita.. mitos dari pokok nie la... dikatakan pokok nie beriya-iya melihat dua pokok lain bergaduh di seberang sungai... maka pokok ni pun sibukla nak menengok pokok mana yang menang dan tanpa disedari yang dia pun dah terkeluar dari permukaan tanah.... leh caya ke??? Kuasa Tuhan!!!
Haaa nie la yang uniknye di Taman Negara... biasa jumpa jantan hensem... tapi nie lain plak jumpa jantan cantikkk.......
Pemandangan di Bukit Terisek... dari sinilah boleh lihat Gunung Tahan... tak dapat lihat pun sebab kabus tebal menyelibungi Gunung Tahan.... ok! Seterusnya aktiviti meniti jambatan di atas pokok, Canopy Walk... jambatan gantung yang terpanjang di Malaysia...sungguh cantik pandangan dari atas pokok....Petangnya kami memasuki Gua Telinga... Gua Telinga nie laluannya paling sempit... dahla batuan di dalam gua ni licin, basah dan perlu berhati-hati dengan setiap langkah... terlalu banyak kelawar dalam gua niee... tak tahan bau #*$% kelawar...
Pada hari ketiganya pula kami di bawa mengunjungi perkampungan orang asli... sebelum tiba ke perkampungan tersebut aktiviti rapid boat... habis basah satu bot.... berlumba-lumba dengan bot lain.... seronokkkk....Kami diajar cara untuk menghidupkan api tanpa menggunakan mancis atau lighter oleh wakil penduduk asli... hanya dengan menggunakan kayu buluh dan daun kering sahaja....Mengikut adat orang asli... sesiapa jejaka yang nak berkahwin kene lulus menyumpit dulu... jejaka yang nak berkahwin nie kene ditest dahulu oleh bakal bapak mertua tau... tak lulus sumpit tak leh kawin... tapi pelajar-pelajar PSAS tak kurang hebatnya... masing-masing mencuba untuk menyumpit dengan jayanya...
Petangnya kami terus berangkat pulang ke Politeknik.... bergambar kenangan di Jeti Kuala Tahan... banyak pengalaman diperolehi... banyak lagi tempat untuk diterokai... apa lagi ZoOm Malaysia!!!!
4 Responses
  1. jemput ke forum pelajar & alumni Politeknik seluruh Malaysia di http://www.mypolycampus.net/


  2. KRP PSAS Says:

    terima kasih atas jemputan tersebut


  3. http://kejoratravel-kl.blogspot.com/

    untuk merancang next ekspedisi or vacation..we will help you to organize..


  4. KRP PSAS Says:

    thanks for your invitation...