Penubuhan Kelab Rekreasi Politeknik (KRP PSAS)

Sejarah bermulanya Kelab Rekreasi Politeknik (KRP PSAS) adalah melalui pertemuan secara tidak sengaja antara kaki-kaki pencinta alam untuk menubuhkan kelab Kembara PSAS semasa program Ekspedisi Merdeka merentasi banjaran Titiwangsa dari Ulu Slim, Slim River Perak ke Ulu Sungai, Raub Pahang (Jejak Mat Kilau) pada bulan September 2006. KRP dikenali dengan nama terdahulunya Kelab Kembara dan Rekreasi telah lama wujud sejak tahun 2006 lagi. Kelab ini bergerak aktif atas faktor kerjasama yang jitu antara penasihat dan para pelajar yang sama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti-aktiviti lasak yang dianjurkan. Kelab Rekreasi Politeknik PSAS telah ditubuhkan secara rasminya pada 12 Februari 2008 yang didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kelab ini diterajui oleh Puan Hidanah Binti Mohd Yunus selaku penasihat kelab dan dibantu oleh ahli jawatankuasa tertinggi kelab serta mempunyai ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester satu hingga semester 6 sama ada pelajar diploma dan juga sijil yang berdaftar di PSAS. Keistimewaan kelab ini ialah semua pelajar PSAS yang berdaftar boleh menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh kelab. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Politeknik PSAS dari tahun 2006 hinggalah sekarang.
Labels: | edit post
1 Response
  1. assalamuaalaikum...sy nak tny boleh ke bkas pelajar mcm sy join klab ni?? .asyraf.