Kembara Rafflesia

             Kelab Kembara Politeknik telah menganjurkan aktiviti Kembara Rafflesia yang bertempat di Gopeng Perak pada 4 hingga 6 Oktober 2013. Seramai 18 orang ahli yang terlibat dalam pencarian bunga Rafflesia yang didapati tumbuh di sekitar kawasan hutan Gopeng Perak. Bunga Pakma atau lebih dikenali dengan nama bunga Rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia. Bunga ini tidak berdaun juga tidak mempunyai akar dan hidup di atas permukaan tanah sahaja. Kebiasaannya bunga Rafflesia ini tumbuh di Kepulauan Borneo iaitu kawasan hutan Sabah tetapi kini kita boleh lihat dengan lebih dekat bunga rafflesia ini tumbuh di tanah semenanjung Malaysia seperti di Gopeng dan Hutan Simpan Belum, Perak. Kepada sesiapa yang berminat untuk melihat bunga terbesar ini bolehlah jejakinya di Gopeng dan Hutan Simpan Belum.