Treasure Ex-Tream Chiling

Organisasi Kelab Kembara AR201 bagi sesi Disember 2012 telah merancang mengadakan aktiviti luar kelas Kelab Kembara iaitu Treasure Ex-Tream Chiling pada 9 dan 10 Mac 2013 yang bertempat di Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Seramai 27 ahli Kelab Kembara AR201 yang menyertai aktiviti ini. Aktiviti yang dijalankan selama dua hari ini merangkumi jungle trekking ke air Terjun Chiling, kursus asas menyelamat dan kursus asas survivor, aktiviti memasak secara berkumpulan serta persembahan malam kebudayaan bertemakan semangat patriotik "Lahad Datu". 

Ucapan ribuan terima kasih tak terhingga kepada dua orang guide kami iaitu En Faizul dan En Fauzi yang sanggup mengiringi ahli-ahli kelab sepanjang aktiviti trekking dijalankan dan juga mengadakan sesi perkongsian ilmu asas menyelamat dan asas survivor. Sepanjang program berlangsung ahli-ahli kelab memberikan kerjasama yang baik dan mempunyai semangat yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi di Sungai Chiling tidak akan sama seperti pengalaman di tempat lain. Abadikan kenangan Chiling di hati sanubari para ahli Kembara AR201 PSAS. Semoga bertemu lagi di lain masa. 


Pintu masuk dan kaunter masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu, Selangor. Santuari ikan ini dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (8.00 pagi hingga 6.00 petang) pada setiap hujung minggu sahaja. Tidak dibuka setiap hari. Bayaran masuk yang dikenakan RM1 seorang. Untuk berkhemah, di kenakan bayaran mengikut saiz sebuah khemah. Deposit sampah dikenakan RM10 untuk setiap orang jika masuk secara berkumpulan.
 
 Santuari Ikan



  Air Terjun Chiling




 
 
 


X-PLoR KRP PSAS

Ahli-ahli Kelab Rekreasi Politeknik PSAS beraksi lasak dalam program X-PLoR KRP yang diadakan pada 15 hingga 17 Mac 2013 di Gopeng, Perak. Aktiviti yang dijalankan tanpa henti memberikan kepuasan berganda kepada setiap ahli yang menyertainya. Aktiviti yang dijalankan berkonsepkan Amazing Race dan setiap kumpulan perlu mencari clue untuk dikumpulkan dan dijadikan bahan untuk dibentangkan mengikut kumpulan pada malam harinya. Antara aktiviti yang disertai oleh ahli-ahli kelab termasuklah Team Building, Tubing di Sungai Itik, Amekaw, Persembahan setiap kumpulan dan juga Waterfall Abseiling. 

Aktiviti sebegini dapat memberikan impak yang positif kepada setiap ahli kelab. Aktiviti team building dan amazing race ini menggalakkan ahli-ahli kelab dapat menonjolkan diri, melatih ahli berkeyakinan tinggi dan menggalakkan kerjasama antara kumpulan. Di samping itu, ahli-ahli dapat mengamalkan cara hidup yang sihat dan mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang lebih dari yang sedia ada. Harapan yang boleh digarap dari aktiviti yang dianjurkan ini pelajar-pelajar PSAS berupaya dapat mengimbangi diri mereka dalam pencapaian akademik mahupun kokurikulum.