Amazing Race Kelab Kembara AR201 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera… 
Program kali ini merupakan program yang terakhir untuk penghujung tahun 2012. Pengurusan Kelab Kembara AR201 telah pun merancang untuk mengadakan program berkonsepkan Amazing Race kepada ahli-ahli Kelab Kembara. Program berlangsung selama tiga hari dua malam di sekitar Gopeng, Perak. Program yang dirancang lebih kurang macam rancangan Amazing Race… kalau Amazing Race dua peserta tetapi pertandingan ini melibatkan lebih dari dua peserta untuk satu kumpulan, antara aktiviti yang dipertandingkan adalah menjelajah Gua Kandu, tubing, water abseiling dan team building.
Entry topic pada kali ini lebih banyak menceritakan tentang aktiviti water abseiling. Apa itu abseiling? Abseiling adalah aktiviti menuruni kawasan tinggi dengan menggunakan tali. Kaedah ini kebiasaannya digunakan oleh para penyelamat seperti bomba dan juga tentera untuk menyelamatkan mangsa. Macam-macam teknik ada untuk turun dari kawasan tinggi ada teknik mengundur, teknik berjalan ke bawah dan kaedah spiderman. Kalau untuk water abseiling disarankan menggunakan teknik mengundur. Tidak digalakkan melompat semasa menurun di kawasan air terjun disebabkan kawasan tersebut berbatu dan licin. Kelengkapan dan peralatan mestilah mencukupi dan masih boleh digunakan serta tidak rosak. Antara peralatan yang perlu untuk abseiling adalah topi, harness, glove, kasut bertutup, figure of eight, karabiner, pulley, breaking device, sling, lanyard, webbing tape dan juga tali dinamik. 


Sebelum mulanya aktiviti water abseiling, taklimat mengenai abseiling dan taklimat keselamatan perlu diberikan kepada ahli-ahli kelab oleh jurulatih outdoor yang bertauliah. Setiap pelajar merasai sendiri pengalaman yang cukup bermakna menuruni air terjun tinggi dengan menggunakan tali.  



 


Walaubagaimanapun aktiviti abseiling ini telah menjadi minat ramai yang amat menggemari sukan lasak. Abseiling dijadikan sebagai sukan dan rekreasi seperti mendaki gunung dan memanjat tembok batu. Aktiviti ini menguji minda, menambahkan keyakinan diri pendaki dan menguji keberanian untuk turun dari tempat tinggi. Siapa yang meminati aktiviti ini semestinya mahir dalam ikatan tali. Keselamatan sepanjang aktiviti ini perlu dititikberatkan kerana jika tersilap langkah padah yang akan menimpa. Fikir dahulu sebelum bertindak.

Kolaborasi Aktiviti Water Rafting dan Gua Kandu Gopeng


Kelab Rekreasi Politeknik PSAS telah berkolaborasi dengan Kelab Sukan Amanahraya Kuala Lumpur pada 29/10/11 dan 30/10/11 bagi menjalankan aktiviti White Water Rafting dan Menjelajah Gua Kandu di Gopeng, Perak. Seramai 25 orang pelajar Kelab Rekreasi Politeknik PSAS dan 15 orang ahli Kelab Sukan Amanahraya Kuala Lumpur telah menyertai aktiviti outdoor pada kali ini. Melalui program yang dijalankan ini kedua-dua kelab Sukan dapat bersama-sama berkongsi ilmu dalam mempelajari mengendalikan program White water rafting dan Gua Kandu, bertambah kenalan rakan outdoor, memupuk semangat kerjasama antara kedua-dua kelab, serta memberi pendedahan dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli kelab Sukan Amanahraya dalam mempelbagaikan aktiviti sukan mereka. Kelab Rekreasi Politeknik PSAS mengalu-alukan dan menjemput kepada mana-mana Kelab Rekreasi dan Kembara di seluruh Malaysia agar dapat menjalankan aktiviti outdoor bersama-sama dengan Kelab Rekreasi Politeknik PSAS. Semoga bertambah lagi ilmu pengetahuan kita semua dari aktiviti yang dianjurkan bersama.

Sesi Taklimat White Water Rafting










Aktiviti White Water Rafting








 Aktiviti Menjelajah Gua Kandu


Sesi penyampaian cenderahati dari Kelab Rekreasi Politeknik PSAS