Jom! 1 Malaysia Merdeka 2009 - Gunung Senyum

Kelab Rekreasi Politeknik PSAS telah dijemput untuk menghadiri program Jom! 1 Malaysia Merdeka 2009 anjuran MASKOM di Gunung Senyum, Pahang pada 14 -17 Ogos 2009. KRP PSAS merupakan satu-satunya wakil politeknik yang hadir ke program tersebut dan selainnya adalah wakil dari universiti dan kolej komuniti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi perjalanan program sempena menyambut hari kemerdekaan 2009 bersama penduduk kampung sekitar kawasan Gunung Senyum.

Bermula dengan sesi pendaftaran para peserta....

Taklimat sebelum bermulanya ekspedisi di kawasan Gunung Senyum...

Pengembaraan bermula....


seorang peserta injured....

Wajah-wajah ceria setelah selesai pengembaraan di Gunung Senyum....

Siap sembelih lembu 2 ekor sumbangan KPT untuk para peserta IPT dan penduduk-penduduk kampung...

Aktiviti menanam anak benih pokok rambutan dan durian... kerjasama dengan komuniti setempat...

Aktiviti gotong-royong memasak dengan masyarakat setempat...

Persembahan wayang kulit di malam hari setelah bertungkus lumus membuat gotong royong....

Akhirnya selesai sudah suatu penantian... terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan... terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali pihak MASKOM yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini...sekian, wassalam.