Ekspedisi Mendaki Gunung Nuang

Ekspedisi mendaki Gunung Nuang diadakan pada 16 hingga 18 Febuari 2007. Seramai 27 orang ahli Kelab Rekreasi Politeknik menyertai ekspedisi ini. Bertolak dari PSAS pukul 3 petang dan tiba di Pintu masuk untuk ke Gunung Nuang pada jam 9.00 malam. Ekspedisi bermula menuju ke Campsite selama 2 jam setengah dan terus bermalam di situ.



Masing-masing kelaparan setibanya di campsite...


Keesokan harinya, pada jam 8.30 a.m. aktiviti mendaki Gunung Nuang dimulakan. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Walaubagaimanapun perjalanan tetap diteruskan dengan langkah berhati-hati...

Berehat sebentar di Kem Pacat....untuk menderma darah... memang diakuilah banyak pacat.... pacat berkhemah di situ.... Diaorang nie kalau dapat kamera.. berposing sakan mengalahkan artis Hong Kong...


Perjalanan diteruskan lagi sehingga ke puncak Nuang... tiba di puncak pukul 12 tengahari... Nasib tak menyebelahi kami kerana kabus tebal dan hujan lebat di atas puncak....



Jangan sangka kat puncak Nuang nie takde line DiGi... Fullll bar tue!!!.... Bersamamu...Walau di mana jua!!!!



Alhamdulillah semuanya selamat pergi dan balik... memang berharap sangatlah tiada perkara yang tidak diingini berlaku... kerana di Gunung Nuanglah banyak kes pendaki sesat dan injured... mudah-mudahan segala aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab KRP PSAS mendapat keberkatan Tuhan. Aminnn....


Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang.... bergaya dengan topi barunye...

Ini dia tukang masak yang berdedikasi..... sempat lagi posing ngan periuk kesayangannya....

Woww..... aksi ganas pendaki nih.... Jangan tiru aksi ini merbahaya!!!...

Sebelum pulang bersihkan diri dulu di kaki Gunung Nuang.... uishhh...Besttt... Freshhh Water...

Ini dia guide kami dan juga tukang masak untuk barbeque... orang tempatan Ulu Langat... TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK diucapkan.... siap bakar ikan talapia dari kolam sendiri tue... memang sedappp.... sampaikan ke kepala ikan si daus ni makan... nikmatnya sungguh tak terkata....

Jom Jelajah Gua Tempurung

Ekspedisi kali ini melibat dua kelab rekreasi PSAS bergabung. Seramai 30 orang ahli kelab Kembara & Rekreasi PSAS dan 40 orang ahli kelab kembara R2001 mengikuti ekspedisi ke Gua Tempurung selama 2 hari pada 23 dan 24 Mac 2007. Bermalam di tapak perkhemahan Murni Camp berhampiran dengan Gua Tempurung. Kawasan sekitar tapak perkhemahan sungguh cantik dan menarik... berdekatan dengan kawasan sungai... sungainya pun jernih dan banyak ikannn.... Ekspedisi jelajah Gua Tempurung bermula pada 24 Mac 2007 jam 7 pagi.... Pakej yang diambil untuk memasuki ke Gua Tempurung adalah pakej yg ke-4 di mana inilah pakej yang paling ekstrem untuk jelajah gua ni... harga satu kepala RM 22 sahaja... pengalaman memasuki gua kali pertama memang terasa kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan... keunikan stalagmite dan stalactite yang ada di dalam gua sungguh mengindahkan... keadaan di dalam gua yang gelap dan licin menjadikan para peserta lebih berhati-hati dan berwaspada dengan setiap langkah kaki mereka... para peserta dikehendaki mengharungi lorong-lorong yang sempit, merangkak di kawasan berair, dan terpaksa menggelongsor di atas batuan yang curam... dapat pengalaman yang baru dan menyeronokkan... di harapkan di lain hari dapat lagi peluang untuk menjelajah gua yang lain pula...

Gunung Berinchang, Gunung Irau dan Gunung Berembun

Tiga hari tiga gunung di Cameron Highland bermula pada 4 November 2006 hingga 6 November 2006. Program anjuran bersama Kelab Rekreasi PSAS dengan Kelab Rekreasi Politeknik PUO.... Aktiviti mendaki bermula pada 4 November 2006 pada pukul 11.00 malam, hujan lebat mengiringi perjalanan kami beserta dengan beban yang perlu dipikul sehingga sampai di puncak... sejuknya tak terkatalah... tiba di puncak Berinchang pada pukul 4.30 pagi dan pacak khemah di camp site puncak Brinchang.... mata dah tak tahan lagi nak menahan ngantuk terus zzzzzzzzzzzzz....

Hari kedua mendaki gunung Irau. Pendakian bermula pada jam 9 pagi dan kembali semula ke camp site dalam jam 3 petang...
Kemudian para pendaki bergerak menuju ke camp site di kawasan Gunung Berembun menaiki trak sewa... cas lima belas ringgit satu kepala...... terpaksa bayar juga la... nie yg naik trak team PSAS je sebab letih dah nak berjalan nak menuju ke camp site Berembun... huish..agak jauh perjalanannye... tapi syabas la kepada team PUO, lepas turun Irau terus bergerak berjalan kaki ke camp site Berembun...
Najib macho sempat lagi bergaya di atas trak....
Hari ketiga pula mendaki Gunung Berembun.... Gunung yang terakhir untuk diteroka... Skuad siap sedia membawa bekalan masing-masing...


Pemandangan sepanjang laluan menuju ke puncak ketiga-tiga gunung memang cantik.....
Terasa puas dapat menawan ketiga-tiga puncak dalam masa tiga hari... walaubagaimanapun syabas diucapkan kepada para pendaki PSAS dan PUO.
Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada En. Khalid Penasihat KRP PUO dan krewnya bekerjasama menjayakan aktiviti yang sungguh bermakna ini.. kepada John : Tahniah! kerana berjaya mengendalikan program ini dengan jaya dan lancar.... mana John? takde plak gambarnye...

Wajah-wajah ceria menawan puncak tiga gunung, tiga hari......

Tapi bile plak mat salleh nie terselit kat situ??? jeng..jeng..jengggg....

EKSPEDISI MERDEKA DARI SLIM RIVER PERAK KE RAUB PAHANG 2006

Di padang sekolah inilah permulaan ekspedisi Merdeka di Ulu Slim, Slim River Perak. Pengembaraan bermula pada pukul 9.00 pagi..... tiba di Raub dalam jam 4 petang.

Cik kak berdua nie berposing sakan sebelum pergi.... tapi belum sampai setengah perjalanan tapak kasut dah tertanggal... cipta rekod baru merentas merdeka dengan berstokin...

Melalui perkampungan orang asli terlebih dahulu sebelum merentasi Banjaran Titiwangsa.

Meredah hutan tebal..... menyusuri laluan kecil….

Di sinilah Sempadan Perak dan Pahang......

Menadah air bukit buat bekalan untuk meneruskan perjalanan.... Untuk mendapatkan bekalan air yang bersih memang susah sebab tiada sungai yang berhampiran.....

Steadylah peserta dari PSAS dan Pejabat Tanah daerah Batang Padang... akhirnya sampai juga ke daerah Raub, Pahang.

Gambar kenangan para peserta ekspedisi Merdeka merentasi Banjaran Titiwangsa dari Ulu Slim, Slim River Perak ke Ulu Sungai, Raub Pahang.

Terima kasih tak terhingga kepada semua organisasi yang terlibat....

Penubuhan Kelab Rekreasi Politeknik (KRP PSAS)

Sejarah bermulanya Kelab Rekreasi Politeknik (KRP PSAS) adalah melalui pertemuan secara tidak sengaja antara kaki-kaki pencinta alam untuk menubuhkan kelab Kembara PSAS semasa program Ekspedisi Merdeka merentasi banjaran Titiwangsa dari Ulu Slim, Slim River Perak ke Ulu Sungai, Raub Pahang (Jejak Mat Kilau) pada bulan September 2006. KRP dikenali dengan nama terdahulunya Kelab Kembara dan Rekreasi telah lama wujud sejak tahun 2006 lagi. Kelab ini bergerak aktif atas faktor kerjasama yang jitu antara penasihat dan para pelajar yang sama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti-aktiviti lasak yang dianjurkan. Kelab Rekreasi Politeknik PSAS telah ditubuhkan secara rasminya pada 12 Februari 2008 yang didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kelab ini diterajui oleh Puan Hidanah Binti Mohd Yunus selaku penasihat kelab dan dibantu oleh ahli jawatankuasa tertinggi kelab serta mempunyai ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester satu hingga semester 6 sama ada pelajar diploma dan juga sijil yang berdaftar di PSAS. Keistimewaan kelab ini ialah semua pelajar PSAS yang berdaftar boleh menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh kelab. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Politeknik PSAS dari tahun 2006 hinggalah sekarang.